le tour de langkawi 2011 bermula dari Tapah dan berakhir di Genting Highland. Untuk beberapa tahun tidak bermula dari Tapah, sambutan kali ini amat menggalakan daripada penduduk Tapah. Kali ini saya masih lagi keluar berseorangan bersama Canon 50D + 135L F2. Focal length agak sempit dan konstant,tujuannya utama adalah mendokumentasi acara di Tapah dan juga mengasah mata untuk melihat (art of seeing). Selain itu juga melatih untuk mendapatkan posisi yang baik. Jadi ini gambar yang sempat dilihat oleh mata saya sekitar acara LTDL 2011,dan mungkin tidak cukup baik lagi dan ada lagi acara-acara yang terlepas pandang. Secara jujur,banyak lagi yang perlu saya pelajari. Sekiranya ada sebarang komen ataupun pendapat,boleh la meninggalkan pendapat anda.:)

untuk maklumat lanjut,sila layari :

http://www.ltdl.com.my