exertionphotography diterajui dan diasaskan oleh ahmad zamzahuri abas. Beliau merupakan graduan Universiti Industri Selangor di dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Di dalam dunia fotografi,ahmad zamzahuri abas bermula sebagai hobi dan juga berminat dengan seni fotografi ketika menuntut di universiti.Pada tahun 2010, exertionphotography telah mendaftar lesen perniagaannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kini beliau telah menjalankan operasi perniagaannya di tempat kelahiran beliau di Tapah Perak.

Pada awalnya, beliau mendalami ilmu fotografi melalui penulisan blog, bahan bacaan dan juga imaginasinya. Selain itu juga beliau mendalami ilmu fotografi melalui perkongsian ilmu dan pertukaran pendapat bersama kawan-kawan.

Pada pertengahan tahun 2009, beliau telah menceburi bidang “wedding photography” . Dari situ timbul minatnya untuk mendalami bidang wedding photography.  Sehingga ke hari ini hampir seratus majlis perkahwinan telah dihadirinya samada secara formal/berbayar mahupun secara tag along semata-mata untuk menimba ilmu dan juga mengembangkan lagi kreativiti beliau.

Cara penyampian beliau ketika mengambil gambar ketika majlis perkahwinan adalah bersahaja. Bersesuaian dengan konsep beliau iaitu ” we simply candid and documenting your wedding “, beliau lebih gemar melakukan pendekatan mengambil gambar secara  candid dan juga gambar yang berbentuk photojournalism. Ini adalah untuk menunjukan situasi sebenar kemeriahan majlis perkahwinan anda semua.

Untuk menghasilkan hasil kerja yang memuaskan, beliau telah melengkapkan diri dengan peralatan yang bersesuaian untuk memberi output yang memuaskan.Untuk masa kini,beliau menggunakan :

  • canon 50D
  • 17-40mm L USM f4
  • 50mm USM f1.4
  • 135mm L USM f2

Dari segi servis yang disediakan, beliau sentiasa akan mencari momen-momen yang menarik untuk diabadikan sebagai output dan juga simpanan softcopy anda. Bagi beliau pelanggan adalah raja dan akan sentiasa memenuhi permintaan pelanggan ketika hari persandingan berlangsung.

Sekiranya berminat untuk melantik beliau sebagai jurugambar rasmi pada hari persandingan anda, bolehlah melihat hasil-hasil kerja beliau dibawah kategori WEDDING di dalam blog ini.

Selain itu juga, beliau sangat berminat dengan adanya perjumpaan pertama terlebih dahulu bersama pelanggan sekiranya pelanggan mahu keterangan lebih lanjut tentang servis yang disediakan. Dengan adanya perjumpaan pertama, secara tidak langsung akan membina  chemistry diantara pelanggan dan juga jurugambar . Hal ini adalah kerana, dengan perjumpaan pertama akan memberikan keyakinan dan juga untuk membuang rasa janggal/kekok apabila pasangan pengantin untuk memberikan posing seperti yang diarahkan oleh jurugambar ketika hari persandingan anda nanti. Selain itu juga, pihak pelanggan juga berpeluang untuk melihat sendiri produk akhir yang ditawarkan oleh exertionphotography.

Pihak pelanggan berhak untuk bertanyakan tentang :

  • pengalaman jurugambar.
  • peralatan yang digunakan.
  • tarikh akhir penyerahan produk akhir (custom album, frame, softcopy dan etc).
  • cara pembayaran.
  • jumlah jam liputan ketika majlis.
  • persedian sebelum majlis berlangsung.

Hal ini adalah untuk memastikan jurugambar tersebut betul-betul bersedia untuk melaksakan tanggungjawabnya sebagai jurugambar perkahwinan.

Untuk mendapatkan maklum balas yang lebih cepat, anda boleh hubungi beliau di talian :

+6012.598.0569

Beliau bersedia menerima tempahan majlis perkahwinan serata Semenanjung Malaysia dan juga Sabah dan Serawak.

Adalah penting untuk memilih jurugambar yang tepat ketika majlis perkahwinan anda.