assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini saya keluar menganbil gambar sekitar pekan Tapah. Apa yang menariknya adalah saya dapat memotretkan wajah yang dikenali ramai penduduk Tapah iaitu Pak Ya(gambar no 3 dari atas). Gambar ini dirakam ketika saya merancang untuk ke taman permain kanak-kanak (Taman Malaysia) untuk mengambil gambar semula jadi. Saya terserempak dengan beliau dan berbual kosong sambil bertanya khabar.

Beliau mempunyai sifat yang peramah dan juga mesra dengan setiap orang, tidak kiralah penduduk tempatan samaada pelajar sekolah,pekerja pejabat mahupun orang perseorangan dan tidak lupa juga pelancong asing yang transit sebentar di Tapah untuk ke Cameron Highland pasti beliau akan menegur.  Beliau juga gemar mengusik dan bergurau senda dengan masyarakat sekeliling.  Ketika gambar Pak Ya dirakamkan,kelihatan kesihatan beliau agak merosot (batuk-batuk dan selsema) mungkin akibat faktor cuaca yang tak menentu. Insyaallah kesihatannya akan bertambah baik.

Tujuan gambar ini di rakam adalah untuk mengingati beliau dan juga untuk generasi yang akan datang. Walaupun beliau bukanlah seorang datuk bandar ataupun orang kenamaan tetapi beliau merupakan orang yang telah meninggalkan impak kepada penduduk Tapah dari segi keramahannya. Bagi saya,Pak Ya adalah orang yang istimewa di hati masyarakat  Tapah. Secara tidak langsung gambar ini juga mungkin akan mengingatkan kembali  kepada penduduk Tapah yang telah berhijrah ke luar.

Secara jujur,saya lebih mengenali Pak Ya berbanding orang-orang kenamaan yang berada di Tapah. Disamping itu juga saya ada juga mengambil gambar yang tidak seberapa dan kurang menonjolkan identiti Tapah. Insyaalah,sekiranya ada peluang dan kesempatan saya akan cuba mengambil gambar lagi.

Ahmad Zamzahuri Abas

35000 Tapah,

Perak Darul Ridzuan.