Warna.

Gambar-gambar diatas diambil hanya menggunakan Canon 50D bersama kit lens 18-55IS.  Saya cuba mendapatkan gambar yang sedekat mungkin “closed up” dengan menggunakan kit lens. Saya telah lock kan focal length pada 55mm dan juga manual fokus untuk mendapatkan MFD atau minimun focal distance. Idea asal adalah daripada en Kucaks Mmx. Beliau telah mengutarakan idea di group Foto Shutter (FB) untuk mendapatkan gambar menggunakan kit lens. Apa yang cuba disampaikan ialah dengan hanya menggunakan kit lens kita masih mampu menghasilkan gambar sekiranya mempunyai idea + kreativiti dann juga ilmu untuk menghasilkan gambar yang terbaik.

Gambar ini mungkin masih lagi tidak mencapai tahap yang memuaskan mungkin dari segi komposisi atau penyampaian,tetapi apa yang penting ialah sentiasa berani mencuba dan sentiasa berfikir bagaimana untuk mengatasi kekangan yang ada dan juga cuba berfikir diluar kotak.

ahmad zamzahuri abas.

exertionphotography.