Opera –Chinese opera (Chinese: 戏曲/戲曲; Pinyin: xìqǔ) is a popular form of drama and musical theatre in China with roots going back as far as the third century CE. There are numerous regional branches of Chinese opera, of which the Beijing opera (Jingju) is one of the most notable. (wikipedia).

Menggamit NOSTALGIA. Pementasan opera ini berlangsung di Tapah Perak. Seperti juga kalangan masyarakat Melayu yang terkenal dengan Wayang Kulitnya manakala masyarakat Cina lebih terkenal dengan Opera. Tujuan pementasan opera ini adalah untuk menyampaikan mesej/nasihat dan juga moral. Majoriti penonton adalah dikalangan warga emas dan  bilangan penontonnya amatlah sedikit. Mungkin remaja dikalangan masyarat cina kurang berminat dengan pementasan sebegini. Saya mengambil peluang untuk melihat sendiri bagaimana pementasan ini berlangsung.

Berdasarkan info yang  saya dapat,tujuan pementasan adalah untuk memberi hiburan dan juga menggamit nostalgia kepada warga emas yang lebih suka kepada hiburan yang berbentuk sebegini. Pementasan berkisarkan dinasti-dinasti Cina yang masih lagi berpegang kepada status dan kedudukan. Selain itu unsur-unsur humor dan juga nasihat diselitkan sekali. Walaupun saya tidak faham dari segi bahasa,tetapi dari segi ekspresi muka dan ” body language” sudah mampu membuatkan saya tersenyum dan faham jalan ceritanya. Kebanyakan pelakon adalah terdiri daripada warga emas juga yang mana mereka masih lagi bejuang untuk mengekalkan budaya dan tradisi pementasan opera.

Selain untuk hiburan warga emas, tujuannya adalah untuk memberi hiburan kepada roh-roh(yang mana secara literalnya mata manusia tidak mampu melihat). Menurut kepercayaan masyarakat cina,akan terdapat kehidupan selepas mati. Secara tidak langsung pementasan ini juga untuk menghiburkan roh-roh nenek moyang meraka.

walau apa pun, saya yang masih hidup sempat menikmati keindahan dan kesenian pementasan opera ini.🙂

ahmad zamzahuri abas.
exertionphotography