Pusat Konservasi Kuala Gandah merupkan tempat pemuliharaan dan penempatan semula gajah liar yang mana habitat mereka semakin berkurang kerana perluasan kawasan oleh manusia. Kuala Gandah terletak di Pahang berhampiran Kawansan Perlingdungan Hidupan Liar Krau.

Tujuan pusat ini adalah untuk memberi perlindungan kepada gajah-gajah liar serta menjadi pusat pendidikan/maklumat untuk orang ramai untuk lebih memahami kehidupan gajah serta memberi kesedaran terhadapa haiwan yang diancam kepupusan ini.

Aktiviti yang terdapat di pusat konservasi ini adalah menarik. Diawal kedatangan ke pusat ini,para pelancong perlu mendaftar nama du kaunter pelanggan. Para pelancong tidak dikenakan sebarang bayaran masuk, tetapi pihak konservasi menggalakkan para pelancong untuk memberi sumbangan ikhlas untuk menyara keperluan asas fasiliti dan juga untuk membeli makanan kepada gajah gajah yang terdapat di pusat ini.

Selesai dengan pendaftaran, para pengunjung akan di bawa ke bilik teater untuk melihat tayangan video mengenai cara pemindahan gajah liar yang habitatnya yang terancam. Setelah selesai, beberapa aktiviti menarik telah disediakan oleh pihak konservasi iaitu bermesra bersama gajah. Tidak perlu khuatir kerana gajah gajah ini telah di jinakkan. Terdepata beberapa aktiviti bersama gajah seperti melihat para petugas memandikan gajah gajah, persembahan oleh gajah gajah tersebut, menunggang gajah,sesi memandikan gajah dan juga yang terakhir adalah sesi bergambar bersama anak gajah.

Cuma menjadi sedikit terkilan kerana hari tersebut pihak kami tidak berkesempatan untuk melakukan aktiviti mandi bersama gajah kerana paras air sungi naik kerana cuaca hari itu tidak mengizinkan kerana hujan lebat sebelum kami tiba di lokasi.

Jadi Pusat Konsevasi Gajah Kuala Gandah ini merupakan antara tempat yang menarik untuk membawa seisi keluarga untuk bersantai dan disamping itu juga dapat memberi didikan kepada anak anak betapa pentingnya untuk menjaga kesinambungan binatang yang diancam kepupusan ini.

Untuk maklumat lebih lanjut sila klik pautan dibawah ini :

http://www.virtualmalaysia.com/destination/kuala%20gandah%20elephant%20sanctuary.html

 

Jurugambar : Ahmad Zamzahuri Abas / Yuri Abas
Tell Media Sdn Bhd